Akaun amanpalestinlabuan.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
JOM TAJA | JADIKAN MEREKA SEBAHAGIAN HIDUP KITA

Jom Rebut Peluang Menaja Anak-Anak Yatim ini


Kenapa ANAK YATIM, IBU TUNGGAL, KELUARGA PALESTIN perlu di bela? Lihat kata-kata ini.


"Jika al-Quds (Al-Aqsa) jatuh. Kita tak mampu nak melindungi Madinah. Jika Madinah jatuh kita akan mampu melindungi Mekah. Jika Mekah jatuh kita juga akan kehilangan Ka’abah! Jangan lupakan al-Quds!"

(Presiden Endorgan)


Begitu pentingnya mereka yang berada di Palestin dan sekitar bumi Syam seperti Syria. Ini termasuklah anak yatim, ibu tunggal dan keluarga miskin yang berada disana.

Anak yatim generasi baru yang akan mendukung kebebasan Palestin kelak.



Anak yatim Palestin tinggal seorang diri

Bahkan seperti yang anda tahu, Nabi juga membesar sebagai anak yatim. Jadi anak yatim adalah duta kecil Nabi. 


Nabi Muhammad SAW lah yang menjadi pengasuh kepada anak-anak sahabat yang telah syahid semasa perang.


Nabi pernah merasai kehilangan ibu ayahnya dari kecil. Kerana itu Nabi sangat memahami keperluan anak yatim.


Sebab itulah Nabi berkata mereka yang menjaga anak yatim akan menjadi teman rapatnya di Syurga nanti.


Bahkan , Nabi kata. " Sesiapa yang menanggung makan dan minum seorang anak yatim Muslim sehingga cukup keperluannya maka WAJIB baginya Syurga". 

(Hadis : Riwayat al-Tabrani)


“Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga”. 

[Riwayat Muslim, (2983)]


"BANTULAH KAMI!"
 "Rasa kehilangan ketua keluarga itu amat menyedihkan dan hilangnya ketua keluarga itu membawa kepada kesukaran hidup seluruh keluarga."
- Penerima tajaan Aman Palestin



     Kisah Duka Keluarga Al-Sharif



Kepungan Mencekik Gaza


Mereka kehilangan tempat bergantung. Sang Isteri kehilangan tempat bergantung hidup dan menjadi ibu tunggal. Bukan itu saja anak-anak pula menjadi Yatim sekelip mata akibat siri serangan Zio.nis keatas Gaza.

Inilah keadaan yang ibu tunggal dan anak-anak yatim di Palestin. Tidakkah kita rasa yang sedikit bantuan yang kita berikan mampu untuk mengukir senyuman mereka semula?

Tubuh yang masih kecil itu kini dibiarkan memikul beban hidup yang berat, sebagai anak yatim piatu. Buatlah mereka tersenyum bahagia dan hilangkanlah beban mereka yang serba kekurangan. Kebaikan kita untuk mereka adalah ladang pahala dan keberkatan kehidupan di dunia dan akhirat kita.

"Mereka yang membantu wanita kematian suami dan orang-orang miskin seumpama mujahid yang berjuang di jalan Allah" (Sahih Al-Bukhari)

LATAR BELAKANG PROJEK JOM TAJA


Saban hari, ada sahaja berita pengeboman dan pembantaian ke atas penduduk Palestin yang sehingga kini telah meragut jutaan nyawa tidak kira bayi, kanak-kanak, wanita dan orang tua. Bahkan kemusnahan infrastruktur seperti rumah, sekolah, masjid dan bangunan-bangunan perniagaan tidak terkira banyaknya dan ianya cukup mustahil untuk dibangunkan semula kerana majoriti mereka tidak mempunyai pekerjaan serta hidup serba daif. Penderitaan mereka diburukkan lagi dengan rampasan tanah dan rumah oleh rejim Zionis sejak tahun 1948 hingga kini.

Atas maslahat tersebut, Aman Palestin mengambil inisiatif mewujudkan kempen Jom Taja bagi membela nasib Anak Yatim, Ibu Tunggal (keluarga yang kehilangan ketua), Keluarga Miskin dan Dana Pendidikan (seperti mahasiswa Palestin yang menyambung pengajian di Malaysia).


AMAN PALESTIN GIAT MEMBELA ANAK YATIM PALESTIN


Erat Hubungan dengan Santuni Anak Yatim

AYUH BANTU KEBAJIKAN IBU TUNGGAL DAN ANAK YATIM PALESTIN

Ayuh sahut seruan ini bagi melindungi beribu-ribu ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim mangsa perang Palestin! Bantuan Anda amatlah bermakna dan sangat ditunggu tunggu oleh anak-anak syurga ini,..

Mereka adalah dari kalangan yang kehilangan tempat bergantungan. Tajaan Anda akan menjadi SAHAM yang amat bernilai di sisi Allah SWT & dicintai oleh Rasullullah SAW.



JADILAH ORANG YANG BERADA PALING HAMPIR DENGAN RASULULLAH SAW DI SYURGA KELAK.

AYUH TAJA ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL PALESTIN HARI INI JUGA!


Daripada Muawiyyah bin Qurrah RA, daripada ayahnya berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:


"Sekiranya binasa penduduk Syam maka tiada kebaikan bagi kamu. Akan sentiasa ada satu kelompok dari umatku yang dimenangkan, orang yang mengkhianati mereka tidak memberi mudarat kepada sehingga Hari Kiamat."

HR AL-TIRMIZI



Terus rebut PELUANG menaja anak-anak yatim, ibu tunggal dan keluarga miskin yang sangat rugi untuk anda lepaskan. 


Menjadi asbab murahnya dan bertambah rezeki anda. 

Seperti yang dilalui oleh penaja anak yatim Palestin iaitu Dr Nafisah Mohd Hassan.


"Rezeki terbuka luas. Hidup lebih berkat"

"Bagaikan satu hijrah dalam diri saya dan keluarga. Kerana kesannya amat terasa . Sejak menaja anak yatim di Palestin melalui Aman Palestin. Pintu rezeki saya seperti terbuka luas. Saya sentiasa merasa bahagia dan hidup ini rasa lebih berkat.



Antara anak yatim yang mendapat tajaan daripada rakyat Malaysia melalui Aman Palestin.


"Rasa gembira yang tak dapat nak digambarkan bila dapat surat terima kasih anak yatim yang ditaja. Biarpun tak kenal"

Ini yang dirasai oleh Puan Norlidah Mohd Salleh.

"Mereka adalah keluarga dan anak-anak seagama kita. Jadi saya rasa amat bertuah dapat menaja anak yatim melalui Aman Palestin. Mendapat surat dari anak-anak yatim tajaan saya cukup buat saya gembira tak terkata. Walaupun saya tak pernah mengenali mereka."


"Asbab menaja anak yatim. Allah mudahkan dapat cahaya mata pertama setelah bertahun-tahun kahwin"


Peristiwa ini berlaku kepada Pak Xeno penaja anak yatim daripada Indonesia. 

"Alhamdulillah. Dengan rezeki yang Allah berikan kepada saya dan isteri dalam membantu keluarga anak yatim di Palestin. Allah balas dengan ganjaran cahaya mata buat kami. Tidak rugi membantu kerana balasannya tidak lain hanyalah kebaikan untuk kita"


Anak-anak yatim,ibu tunggal dan keluarga miskin Palestin adalah antara golongan yang dizalimi dan dianiayai oleh Israel. Doa mereka termasuk dalam 3 golongan yang doanya sangat mustajab.

Sampaikan ada penaja yang pernah minta kepada anak yatim yang ditaja mendoakan mereka bila berada dalam kesulitan.



Antara ibu tunggal yang mendapat tajaan daripada rakyat Malaysia melalui Aman Palestin.


Sumbangan anda akan membantu tajaan untuk program di bawah.


Sesungguhnya menaja hidup anak-anak yatim, ibu tunggal dan keluarga miskin adalah sedekah yang berpanjangan. 



Ayuh, usah berlengah lagi!!!

JOM SAMA-SAMA BANTU MENAJA MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP!


Kerana mereka adalah pendokong kebebasan Baitul Maqdis kelak.


MOGA ASBAB DOA-DOA MEREKA SEBAGAI ANAK YATIM DAN PENDUDUK DI BUMI BARAKAH INI AKAN MEMBAWA KEPADA KEBERKATAN HIDUP DAN KEMURAHAN REZEKI KITA DUNIA AKHIRAT.


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW telah bersabda:

“Apabila matinya seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu: sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya, atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.”


Setiap penyumbang yang membuat tajaan selama Setahun akan diberikan profil Keluarga Yatim


" JADILAH ORANG YANG BERADA PALING HAMPIR DENGAN RASULULLAH SAW DI SYURGA KELAK "

------------------------------------------------------------------------------------

ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَبَضَ يَتِيمًا مِنْ بَيْنِ الْمُسْلِمِينَ إِلَى طَعَامِهِ وَشَرَابِهِ أَدْخَلَهُ اللَّهُ الْجَنَّةَ إِلَّا أَنْ يَعْمَلَ ذَنْبًا لَا يُغْعَنْ فَرُ لَهُ

Dari Ibnu Abbas radliallahu ‘anhuma berkata: "Barangsiapa yang memelihara anak yatim dan

memberinya makan dan minum niscaya Allah akan memasukkannya ke dalam

syurga kecuali jika dia melakukan dosa yang tidak dapat diampuni". (Riwayat Tirmidzi)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------



**MAKLUMAN**
Jika ingin menaja atau mempunyai sebarang pertanyaan. Sila hubungi kami ditalian berikut.
019-862 7019 (Hidayat - Teknikal) 019-750 0521 (Encik Hairi) 087-413 250 (Pejabat Aman Palestin Cawangan Labuan)
03 8926 7019 (Pejabat Aman Palestin HQ)


Tanya Saya