TERKINI DARI HOSPITAL AMAN PALESTIN 2023
HOSPITAL TELAH LAMBAT DISIAPKAN
Kekurangan dana yang Diperoleh menyebabkan
Projek Hospital ini terpaksa dipanjangkan. Semoga usaha kita kali ini membuahkan hasil dan mempercepat usaha menyiapkan hospital.
RM30 JUTA DIPERLUKAN UNTUK
PUSAT REHABILITASI GAZA, PALESTIN
Alhamdulillah jumlah yang terkumpul setakat ini adalah:
TERKUMPUL : RM 27,293,400 ✅
BERBAKI : RM 2,706,600 (sehingga 4 Julai 2023)
Alhamdulillah, Hospital Aman Palestin sudah mencapai 91% dalam pembinaannya dan dijangka siap dalam tahun 2023. Dalam masa yang sama, Aman Palestin masih membuka ruang masyarakat untuk berinfaq
-----------------------------------------
MENGAPA BINA PUSAT REHABILITASI MENTAL DI ZON PERANG?
Perkhidmatan Kesihatan buat Penduduk Gaza
Krisis Kesihatan Mental di Gaza
Mengapa Pusat Rehabilitasi Aman Palestin diperlukan di Gaza?
- PBB melaporkan hampir 300,000 kanak-kanak Gaza memerlukan rawatan psikologi, kesan trauma melampau apabila melihat sendiri ahli keluarga dan rakan-rakan terbunuh di depan mata.
- Menurut Euro-Mediterranean Human Rights Monitor pula, 91% kanak-kanak Gaza mengalami trauma psikologi akibat pencerobohan penjajah Israel di Semenanjung Gaza baru-baru ini.
- WHO menganggarkan hanya 4,500 pesakit yang mencapai perkhidmatan rawatan psikiatri setiap tahun dengan kemudahan sedia ada yang terdapat di sana.
- Sehubungan itu, Hospital Aman Palestin akan memenuhi keperluan masyarakat di Gaza bagi mengatasi masalah psikiatri dan mental yang semakin meruncing di sana.
Saksikan Bingkisan ini ..
Majlis Tandatangan MoU
Sekitar Majlis Perletakan Batu Asas bagi pembinaan Hospital Aman Palestin. Majlis dihadiri oleh:
✅ Dr. Issam Al-Da'lis (Pengarah Pentadbiran Kerajaan Palestin)
✅ Dr. Youssef Abu Al-Rish (Timbalan Menteri Kesihatan Palestin)
✅ Awang Suffian Awang Piut (Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad) (Online)
✅ Ir. Omar Seyam (CEO Aman Palestin Gaza).
Turut diraikan adalah rakan-rakan NGO yang berada di Palestin serta rakan-rakan media yang banyak memberikan sokongan padu buat Aman Palestin.
Penghargaan daripada Kementerian Kesihatan Palestin
Ucapan Perdana Menteri Gaza kepada Penyumbang
Pembinaan Hospital Aman Palestin Turut Mendapat Sokongan Rakan NGO Malaysia-Gaza
ALHAMDULILLAH MAJLIS TANDATANGAN MOU PEMBINAAN PUSAT REHABILITASI MENTAL TELAH DIJALANKAN. SEMOGA ALLAH MEMBERI KEMUDAHAN KEPADA PROSES YANG BAKAL BERLANGSUNG KELAK. SAKSIKAN...
Status Terkini Pembinaan Pusat Rehabilitasi (Hospital Aman Palestin) ✅
Januari 2022
Febuari 2022
Julai 2022
Proses menuang konkrit pada asas bangunan Perkhidmatan (Bangunan D) Hospital Aman Palestin terdiri daripada 3 bangunan utama telah dijalankan iaitu
Bangunan A, B, dan C.
Bangunan A terdiri daripada tingkat bawah (kecemasan) dan tingkat satu (bilik asrama),
Bangunan B terdiri daripada tingkat bawah (pintu masuk utama) dan yang pertama. lantai (pentadbiran dan rehat), dan
Bangunan C terdiri daripada ruang bawah tanah (Jabatan Psikoterapi dan Pemulihan) dan tingkat satu (klinik pesakit luar) sebagai tambahan kepada
Bangunan D untuk perkhidmatan dan generator.
⚡️ Alhamdulillah, kerja-kerja berikut telah siap sehingga kini:
⚡️ Tuang konkrit pada asas bangunan Perkhidmatan (Bangunan D)
November 2022
Alhamdulillah, Hospital Aman Palestin sudah mencapai 64% dalam pembinaannya dan dijangka siap dalam tahun 2023. Dalam masa yang sama, Aman Palestin masih membuka ruang masyarakat untuk berinfaq bagi projek Hospital Aman Palestin inI!
Jangan lepaskan peluang untuk melabur saham akhirat bersama Aman Palestin!
Ini adalah hadiah terbaik buat diri dan ibu bapa anda kerana melalui SAHAM PELABURAN AKHIRAT ini anda akan memperoleh pahala 700 kali ganda (Al Baqarah: 261) dan pahala tersebut mengalir berterusan buat pewakaf walaupun telah meninggal dunia seperti mana disebutkan dalam hadis.
.jpg)